BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Welcome For All


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Dalil kepentingan menjaga agama lebih dari bangsa

Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13] Ayat di atas menyuruh kita menjaga agama lebih dari kepentingan bangsa.Seperti yang kita tahu,menjaga agama bermakna kita telah menjaga segala syariat dan apa yang diperintahkan oleh allah dalam alquran dan kata-kata Rasullaah SAW dalam hadis.Tiada perbezaan antara manusia di sisi allah kecuali dalam hal agmanya(takwa).Hanya allah yang maha mengetahui hal hambanya.Di dalam syariat islam bukan hanya menjaga kepentingan orang islam tetapi kepentingan bukan islam.Penulisan diatas bukan bermakna orang islam dipinggirkan dari syariat agamanya sendiribahkan lebih memberi keuntungan kepada islam dan umatnya jika pemerintahan yang dikuasai oleh org islam mengikut apa yang di suruh oleh agama dan mengharamkan apa yg diharam oleh agama.Disini bagus kita mengikut dan mengimbas kembali apa yang dilakukan oleh RASULLAAH SAW dalam memerintah sebuah kerajaan islam yang akhirnya disanjung oleh org bukan islam.Apa yang boleh kita rumuskan disini,bukan senang jika kita ingin melaksanakan sebuah negara islam yang adil dan yang sebenarnya dalam islam jika pemimpin masih bercagaran sesama sndiri,rasuah berleluasa,zalim ke atas rakyat,undang islam tidak diberikan penerangan secara menyeluruh,pengetahuan agama islam yang kurang di antara pemimipin,hak-hak orang islam ditindas oleh seagama sendiri dan hak bukan islam dinafikan,dan banyak lagi yang boleh saya jadikan contoh.Apa yang perlu bagi kerajaan dan rakyat tekankan disini,sentiasalah membuat majlis-majlis ilmu yang berkaitan agama islam dan sebagai rakyat kita perlu sentiasa mantapkan diri kita dengan ilmu yang tinggi dan manfaat sebaik-baik ilmu yang kita perolehi.Apa yang betul kita sokong dan bagi idea untuk diperkembangkan,dan apa yang salah,kita bagi penerangan agar meraka tidak terlalu sesat jauh dari landasan yang betul seperti sabda Rasulaah SAW yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438).Disini dapat kita perhatikan tentang kewajipan kita untuk menentang setiap perkara yang zalim.Sama-samalah kita mendoakan agar setiap apa yang baik yang diberikan oleh Allah SWT kekal selamanya bagi kita sebagai pinjaman dan menjauhkan dari segala yang buruk..AMIN..waalla"hualam (INI ADALAH PENULISAN PERIBADI PENULIS,TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SITUASI SEKARANG,SEMOGA MENJADI PENGAJARAN BAGI KITA SEMUA) MOHD SAFUAN BIN MAT NOR DIPLOMA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH

Petua Menjaga Kesihatan

1.Sakit Tekak Sakit tekak sewaktu bangun pagi?Terus kebilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. pastinya kahak akan "longgar" dan mudah keluar selepas itu. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang. safuan 2.Merdukan Suara Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu. 3.Hilangkan kutu Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci. 4.Hilangkan Batuk Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika. 5.Segarkan Mata Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali. Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar. 6.Suara Serak Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari. Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut. Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali. 7Badan Lesu Sekiranya anda sering diserang angin yang menyebabkan badan lesu, didihkan daun mengkudu dan sedikit halia. saringkan airnya dan minum pagi dan petang. 8.Sembuhkan luka Sembuhkan luka dengan daun lidah buaya (aloe vera) dan sapukan lendirnya pada luka tersebut. dengan caratersebut, luka akan sembuh dengan lebih cepat. 9.Hilangkan jerawat batu Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu. 10.Minyak hilangkan ketuat Jika minyak menggoreng anda sudah terlalu hitam, jangan di buang. Gunakan ia untuk menghilangkan ketuat. Caranya sapu minyak tersebut pada ketuat dan ulangi langkah tersebut 3-4 kali sehari sehingga ketuat itu hilang. 11.Masalah kencing manis Ubati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu. 12.Hilangkan bau mulut Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

youtube

nasyid masa kini

Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com

jika aku jatuh hati

http://www.youtube.com/watch?v=x7C0UewdVL8

7 TIP MENGEJAR MALAM LAILATULQADAR

ingin saya kongsikan beberapa tips untuk kekal istiqamah, memburu malam lailatul qadar:
  1. Sediakan diri kita untuk menghidupkan malamdengan ibadah, sejak daripada waktu siang lagi.
    Kurangkan atau jauhkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia. Perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah seperti zikir dan tadarus Al Quran. Tidur sebentar (khailullah) pada waktu siang dengan niat untuk memudahkan kita bangun di malam hari. Apabila persediaan dimulakan bermula di siang hari lagi, maka dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah swt, Dia akan permudahkan kita untuk bangun tahajud kerana niat telah pun dipasang sejang di awal hari lagi.
  2. Baca buku yang mengandungi kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
    Seelok-eloknya, bacakan buku ini kepada orang lain. Dan sekiranya tidak, bacalah dengan suara yang agak kuat untuk diri sendiri. Lebih banyak kita yakin terhadap janji-janji Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin kuatlah diri kita untuk menanggung segala kesusahan sewaktu menjalani ibadah tersebut. Buku yang sangat disyorkan ialah Kitab Fadhilat Ramadhan, karangan Sheikhul Hadis Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya (rah.a)
  3. Ceritakan kepada orang lain mengenai kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
    Selitkan dalam perbualan harian kita tentang kisah-kisah kelebihan Lailatul Qadar. Ceritakanlah kelebihan malam ini kepada orang lain, meskipun kita sendiri masih belum mempunyai kekuatan untuk bangun tahajud di tengah malam. Mudah-mudahan, dengan banyaknya kita menceritakan / mendakwahkan kelebihan malam ini, Allah swt akan beri kita kekuatan untuk bangun pada malam tersebut.
  4. Ceritakan kepada anak mengenai qiamulail / tahajud / lailatul qadar.
    Tidak kisahlah berapa pun umur anak itu, tidak kira samada dia dapat memahaminya atau pun tidak, kerana niat kita, adalah untuk memperbaiki diri sendiri. Saya telah mencuba tips ini. Saya telah ceritakan tentang kebihan tahajud kepada Nabilah yang baru berusia 3 tahun++, dan dia sendiri telah bangun di malam hari. Membentang sejadah, dan duduk berdoa di atasnya. Allahuakbar!! Malu betul, kalau anak boleh tahajud, tapi mak masih tidur :P
  5. Berniatlah sebelum tidur untuk bangun tahajud.
    Tidak pernah rugi, apabila kita memasang niat yang baik. Seandainya, kita terlepas daripada mengerjakan sebarang amalan pada malam tersebut, Allah swt telah pun memberikan kita pahala tahajud kerana niat kita tadi. (Fadhilat ini ada diceritakan dalam hadis)
  6. Untuk yang istiqamah mengerjakan witir selepas terawih/sebelum tidur, anjakkan waktu witir selepas waktu tahajud.
    Disebabkan kita yang telah biasa menutup segala ibadah kita dengan witir, tetapi belum lagi melakukannya sebelum tidur, maka kita akan termotivasi untuk bangun di malam hari meskipun hanya untuk mengerjakan satu rakaat solat witir.
  7. Peruntukkan 10 malam terakhir ini untuk iktikaf di masjid (bg lelaki).
    Jika kita baca kelebihan-kelebihan iktikaf, sememangnya kita mengakui bahawa ia adalah yang dikatakan oleh Allah swt sebagai “ajrun a’zimun” (ganjaran yang sangat besar). Bila Allah swt kata, “a’zimun“, maka kita tidak dapat bayangkan betapa besar pahala yang Allah swt telah sediakan untuk amalan ini. Bagi wanita pula, jangan bersedih, kita boleh berniat iktikaf di rumah. Dan insyaAllah, pahala akan berganda, bila kita dapat galakkan suami kita untuk iktikaf di masjid.

Saya suka untuk berkongsi kata-kata taghrib daripada Maulana Muhammad Zakariyya, dalam kitabnya Fadhilat Ramadhan;

Setiap orang perlu berusaha mencarinya (Lailatul Qadar) sepanjang tahun sesuai dengan keupayaan dan kesungguhan masing-masing. Sekiranya tidak mampu, maka carilah ia di bulan Ramadhan. Dan akalu itu pun tidak mampu, maka hendaklah mengangggap 10 malam terakhir Ramadhan adalah peluang yang paling bernilai. Sekiranya itu pun masih tidak mampu, maka janganlah dibiarkan malam-malam ganjil dari sepuluh akhir terlepas begitu sahaja.Dan kalaulah (semoga Allah swt jauhkan) inipun tidak mampu, maka hendaklah malam ke-27 peluang keemasan.

Akhir kata, selamat memburu Ramadhan dan sekiranya tidak keberatan, sertakanlah sekali nama hamba yang berdosa ini dalam doa-doa kalian,

p.s: Cemburu dengan abah dan suami saya yang sedang berada di jalan Allah. Beruntunglah orang-orang yang sedang berada di jalan Allah pada 10 malam terakhir ini. Mudah-mudahan Allah swt turut memberikan ganjaran dan hidayah untuk orang-orang yang mereka tinggalkan. Wallahua’lam.

p.p.s: Berikut adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada Aisyah r.aha untuk malam Lailatul Qadar;

doa-lailatu-qadr1

Friday, January 29, 2010

LiNk

LiNk kan blog anda disini...
melebarkan ukhwah jalinan persahabatan
berkongsi cerita...
berkongsi pendapat dan rasa...

sila tinggalkan link anda di ruangan komen.

0 kritikan: