Assalamualaikum......Ini adalah kisah sebenar yg aku rasakan sungguh memberikan aku seribu pengajaran dalam sentiasa berfikir dalam setiap tindakanku..aku mula mengenali A, seorg wanita yg cukup memahami ku dan cukup sempurna di mataku..Hatiku terpaut dengan cara layanan nya walaupun hanya terbatas sebgai satu pasangan yg belum berkahwin..
Namun aku hanya insan yg banyak kekurangan.....Tidak semua yg aku harapkan akan dapat ku miliki..Itulah hakikat kehidupan seorang manusia...
Atas satu perkara yg sampai sekarang aku tidak tahu sebabnya,terputus lah hubungan kami...aku cuba memberitahu A akan segala yg ku lakukan benar-benar ikhlas hanya padanya dan dengan sebab itu,aku redha dengan apa yg terjadi... Namun semua itu belum berakhir, satu salah faham berlaku antara kami..segala larangan dan gurauan ketika kami bersama diungkit olehnya...Persoalan yg aku timbulkan, salahkah aku mengambil berat akan dirinya ketika kami bersama? salahkah aku menegurnya secara terus terang akan perkara yg aku tidak sukai sebelum kami hidup bersama? aku cukup terkilan dengan caranya.. Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menyalahkannya atas pe yg telah berlaku,tapi bagi pihaknya seakan menuduhku bahawa aku mengatakan yg semua ini adalah kerananya dan kawannya...
Di sini, aku ingin mengatakan yg diriku tetap seperti dulu... walau hati mengatakan syang kepadamu,namun ku tetap merestui perpisahan kita kerana ianya penuh dengan pengajaran bg kita berdua....Maafkan aku atas salah faham kamu keatas diriku,kerna bagiku kau lah kehormatanku.....kamulah cinta pertama bg diriku..ku doakan kau bahagia selalu..apa2 pun,ingatlah pesanku..Cintailah yg Maha mencintai... SALAM
ISLAM SYUMUL
Dalil kepentingan menjaga agama lebih dari bangsa
Petua Menjaga Kesihatan
youtube
jika aku jatuh hati
7 TIP MENGEJAR MALAM LAILATULQADAR
- Sediakan diri kita untuk menghidupkan malamdengan ibadah, sejak daripada waktu siang lagi.
Kurangkan atau jauhkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia. Perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah seperti zikir dan tadarus Al Quran. Tidur sebentar (khailullah) pada waktu siang dengan niat untuk memudahkan kita bangun di malam hari. Apabila persediaan dimulakan bermula di siang hari lagi, maka dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah swt, Dia akan permudahkan kita untuk bangun tahajud kerana niat telah pun dipasang sejang di awal hari lagi. - Baca buku yang mengandungi kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
Seelok-eloknya, bacakan buku ini kepada orang lain. Dan sekiranya tidak, bacalah dengan suara yang agak kuat untuk diri sendiri. Lebih banyak kita yakin terhadap janji-janji Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin kuatlah diri kita untuk menanggung segala kesusahan sewaktu menjalani ibadah tersebut. Buku yang sangat disyorkan ialah Kitab Fadhilat Ramadhan, karangan Sheikhul Hadis Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya (rah.a) - Ceritakan kepada orang lain mengenai kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
Selitkan dalam perbualan harian kita tentang kisah-kisah kelebihan Lailatul Qadar. Ceritakanlah kelebihan malam ini kepada orang lain, meskipun kita sendiri masih belum mempunyai kekuatan untuk bangun tahajud di tengah malam. Mudah-mudahan, dengan banyaknya kita menceritakan / mendakwahkan kelebihan malam ini, Allah swt akan beri kita kekuatan untuk bangun pada malam tersebut. - Ceritakan kepada anak mengenai qiamulail / tahajud / lailatul qadar.
Tidak kisahlah berapa pun umur anak itu, tidak kira samada dia dapat memahaminya atau pun tidak, kerana niat kita, adalah untuk memperbaiki diri sendiri. Saya telah mencuba tips ini. Saya telah ceritakan tentang kebihan tahajud kepada Nabilah yang baru berusia 3 tahun++, dan dia sendiri telah bangun di malam hari. Membentang sejadah, dan duduk berdoa di atasnya. Allahuakbar!! Malu betul, kalau anak boleh tahajud, tapi mak masih tidur - Berniatlah sebelum tidur untuk bangun tahajud.
Tidak pernah rugi, apabila kita memasang niat yang baik. Seandainya, kita terlepas daripada mengerjakan sebarang amalan pada malam tersebut, Allah swt telah pun memberikan kita pahala tahajud kerana niat kita tadi. (Fadhilat ini ada diceritakan dalam hadis) - Untuk yang istiqamah mengerjakan witir selepas terawih/sebelum tidur, anjakkan waktu witir selepas waktu tahajud.
Disebabkan kita yang telah biasa menutup segala ibadah kita dengan witir, tetapi belum lagi melakukannya sebelum tidur, maka kita akan termotivasi untuk bangun di malam hari meskipun hanya untuk mengerjakan satu rakaat solat witir. - Peruntukkan 10 malam terakhir ini untuk iktikaf di masjid (bg lelaki).
Jika kita baca kelebihan-kelebihan iktikaf, sememangnya kita mengakui bahawa ia adalah yang dikatakan oleh Allah swt sebagai “ajrun a’zimun” (ganjaran yang sangat besar). Bila Allah swt kata, “a’zimun“, maka kita tidak dapat bayangkan betapa besar pahala yang Allah swt telah sediakan untuk amalan ini. Bagi wanita pula, jangan bersedih, kita boleh berniat iktikaf di rumah. Dan insyaAllah, pahala akan berganda, bila kita dapat galakkan suami kita untuk iktikaf di masjid.
Saya suka untuk berkongsi kata-kata taghrib daripada Maulana Muhammad Zakariyya, dalam kitabnya Fadhilat Ramadhan;
Setiap orang perlu berusaha mencarinya (Lailatul Qadar) sepanjang tahun sesuai dengan keupayaan dan kesungguhan masing-masing. Sekiranya tidak mampu, maka carilah ia di bulan Ramadhan. Dan akalu itu pun tidak mampu, maka hendaklah mengangggap 10 malam terakhir Ramadhan adalah peluang yang paling bernilai. Sekiranya itu pun masih tidak mampu, maka janganlah dibiarkan malam-malam ganjil dari sepuluh akhir terlepas begitu sahaja.Dan kalaulah (semoga Allah swt jauhkan) inipun tidak mampu, maka hendaklah malam ke-27 peluang keemasan.“
Akhir kata, selamat memburu Ramadhan dan sekiranya tidak keberatan, sertakanlah sekali nama hamba yang berdosa ini dalam doa-doa kalian,
p.s: Cemburu dengan abah dan suami saya yang sedang berada di jalan Allah. Beruntunglah orang-orang yang sedang berada di jalan Allah pada 10 malam terakhir ini. Mudah-mudahan Allah swt turut memberikan ganjaran dan hidayah untuk orang-orang yang mereka tinggalkan. Wallahua’lam.
p.p.s: Berikut adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada Aisyah r.aha untuk malam Lailatul Qadar;
Thursday, January 27, 2011
Aku jatuh cinta
prepared by saff-one at 9:37 AM
0 kritikan:
Post a Comment